Gara-Gara Memakai Krim Pemutih, Kulitnya Berubah Menjadi Lagi ‘Tertarik’

Produk kecantikan merupakan perkara asas untuk dimiliki, oleh semua orang pada masa kini.

Tak kiralah lelaki atau wanita terkejar-kejar untuk menjadi lagi cantik atau hensem.

Penyelesaian menggunakan produk pemutihan menjadi salah satu solusi untuk mendapatkan kulit yang cerah dan putih.

Sesetengah inidividu sanggup menghabiskan beribu-ribu duit untuk membeli produk pemutih dan ada juga yang sanggup berhabis duit untuk ke klinik kecantikan bagi melakukan rawatan dan suntikan pemulihan kulit.

Isu utama bila berbicara kecantikan adalah banyak produk sebenarnya yang dikeluarkan tidak mematuhi piawaian KKM ataupun yang mengandungi bahan terlꭤrꭤng.

Tetapi ‘founder(pengasas)’ produk pemutih ini tetap mengeluarkan produk mereka, kerana melihat terlalu ramai ‘potential customer (pelanggan berpotensi)’ untuk mereka.

 

Baru- baru ini, tular kembali beberapa gambar yang pernah dikongsi sebelum ini di media sosial Tiktok pada Jun tahun lalu, iaitu gambar yang menunjukkan perbandingan sebelum dan selepas menggunakan produk krim pemutih.

Netizen mengatakan bahawa dia menggunakan krim pemutih yang mengakibatkan kulit kelihatan seperti mꭤyꭤt.

Gambar-gambar menunjukkan beberapa perubahan drαstik iaitu kulitnya berubah dari warna coklat muda ke putih pucꭤt.

Dikatakan, orang ramai menjadi tidak yakin untuk membeli krim tersebut malah merasa takut dengan perubahan yang agak ketara dan keterlaluan itu.

“Warna putih ini lebih sesuai untuk kesan filem zοmb¡e” -netizen

“Lengan itu kelihatan seperti orang mαt¡”-netizen

 

Disebabkan terlalu ramai yang taksub untuk memiliki kulit yang putih, maka tidak hairanlah banyak jenama yang bersaing untuk menjual produk pemutih sehinggakan menjadikan krim pemutih adalah antara perniagaan terbesar di Asia Tenggara.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Info Malaysia

[2] Gambar 1, Kementerian Kesihatan Malaysia dan MKEncikNad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *